Hazard Idam ‘Bersama’ Zidane

LONDON – Perancang Chelsea, Eden Hazard berkata ia “menjadi satu impian” untuk bermain di bawah pemain hebat Perancis yang kini bergelar pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane pada masa depan.

Hazard memainkan peranan penting dalam kejayaan Chelsea sejak menyertai kelab itu pada 2012, menang dua gelaran Liga Perdana, Piala Liga dan Piala Europa serta sudah menjaringkan tiga gol dan menghasilkan empat umpanan dalam 13 penampilan musim ini, lapor Metro.

Laporan media sering kali mengaitkan pemain Belgium itu dengan juara Sepanyol berkenaan dan pemain berusia 26 tahun itu tidak menolak kemungkinan akan berlaku perpindahan pada masa depan ke Real Madrid.

“Semua orang tahu saya amat menghormati Zidane sebagai pemain, juga sebagai pengurus. Dia idola saya,” kata Hazard kepada Televisyen Belgium, channel RTL. “Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Bagaimanapun sudah tentu, bermain di bawah Zidane ialah satu impian.

“Saya gembira dengan kehidupan di Chelsea. Masih banyak yang saya mahu lakukan bersama mereka. Saya fokus bermain buat Chelsea.”

ADVERTISING

Hazard berkata dia juga gembira kembali bersama bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho, yang kini bersama pencabar dalam liga, Manchester United.

“Sudah tentu (saya gembira bekerjasama dengan Mourinho sekali lagi). Saya juga gembira berdepan dengannya selaku lawan. Jika kami bekerjasama pada masa depan ia pastinya sesuatu yang bagus,” kata Hazard.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.