‘Obama Presiden AS Terakhir’ – Tukang Tilik

SOFIA, Bulgaria – Seorang wanita yang didakwa memiliki kebolehan meramalkan masa hadapan menyatakan, Barack Obama akan menjadi Presiden Amerika Syarikat yang terakhir, lapor portal Metro.co semalam.

 

Agensi melaporkan, sebelum ini, wanita buta itu, Baba Vanga yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai Nostradamus Balkan, meramalkan dengan tepat bahawa AS akan mempunyai Presiden kulit hitam pertama selepas George W. Bush.

 

Namun, masih tidak jelas maksud Vanga yang menyatakan, Obama akan menjadi yang terakhir.

 

Wanita kelahiran Bulgaria itu juga berkata, krisis ekonomi teruk akan berlaku semasa Obama menjadi Presiden.

 

“Semua orang meletakkan harapan kepada beliau (Obama) supaya menamatkan krisis tersebut, namun perkara sebaliknya akan berlaku. Beliau akan menyebabkan negara itu jatuh, manakala konflik antara negeri-negeri di utara dan selatan akan memuncak,” kata wanita itu.

 

Namun, dia tidak memperincikan tentang pemimpin yang akan mengembalikan kedamaian berpanjangan di AS, pemimpin yang memerintah AS.

 

Donald Trump dipilih sebagai Presiden AS yang ke-45 kelmarin.

 

Sepanjang hidupnya, Vanga didakwa membuat beratus-ratus ramalan dengan 85 peratus daripada ramalannya tepat termasuk gelombang kebangkitan penduduk di negara-negara Arab yang dikenali sebagai Arab Spring pada 2010.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.