Mengandung : Lisa Minta Doa Peminat

KUALA LUMPUR – Pelakon Lisa Surihani meminta peminat mendoakan kandungan keduanya yang kini memasuki trimester kedua kehamilan berada dalam keadaan selamat.

 

Memetik Kosmo, Lisa menerusi aplikasi WhatsApp hari ini mengesahkan berita gembira yang terlebih dahulu diumumkan oleh suaminya, Yusri Abd Halim menerusi laman sosial Instagram dan Facebook miliknya.

 

“Benar saya mengandung, kini kandungan saya sudah melepasi trimester pertama. Doakan semuanya baik-baik sahaja,” tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.