Tawfiq Ismail Tidak Boleh Dipercayai, Kata Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Tawfiq Ismail adalah seorang lelaki yang mempunyai niat tidak baik dan tidak boleh dipercayai, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai mengulas kenyataannya yang baru-baru ini menuduh beliau pada hakikatnya cuba berperanan sebagai Perdana Menteri.

 

Bercakap pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucap tama pada majlis anti rasuah dekat sini hari ini, Dr Mahathir berkata beliau tahu Tawfiq tidak suka kepadanya dan kemudian menjadi hipokrit, bersikap lain di depan bekas pemimpin paling lama berkhidmat itu, manakala lain pula di belakang.

 

“Saya tahu dia tidak suka saya. Apa gunanya dia datang dan berjumpa saya, kemudian dengan orang lain di belakang saya. Jelas sekali, dia datang dengan niat yang sangat buruk dan orang jenis ini kita tidak boleh percayai.

 

“Di hadapan saya, dia baik, dia juga tunjukkan sokongan tetapi apabila dia keluar sudah tentu berbeza.”

 

Dr Mahathir mengulas kenyataan Tawfiq, semalam yang dipetik sebagai mendakwa dalam pertemuan beliau dengan Mahathir dan kumpulan G25 pada awal tahun ini, bekas Perdana Menteri itu mencadangkan untuk mengadakan “majlis orang-orang tua” bagi membantu sesiapa saja yang menjadi Perdana Menteri akan datang.

 

Tawfiq menyifatkan tindakan itu sebagai autoritarian dan sesuatu yang tidak akan dipertimbangkan dalam mana-mana negara demokratik kecuali berlaku darurat.

 

Dr Mahathir turut mengulas mengenai cadangan Tawfik mengenai pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan berkata, negara demokrasi sepatutnya boleh membenarkan jabatan kerajaan ditubuhkan atau sebaliknya, jika mereka ingin berbuat demikian.

 

“Jika rakyat ingin hapuskan Jakim, mereka boleh berbuat demikian. Kerana ini negara demokrasi, mereka boleh berhenti menyokong kerajaan. Itu saja,” katanya.

 

Pemimpin yang lantang bersuara itu bagaimanapun meluahkan perbezaan pendapatnya terhadap kenyataan Tawfik Ismail yang berkata, Jakim sepatutnya dibubarkan kerana instituasi sedia ada lain boleh memikul peranannya.

 

“Ini pendapat peribadinya. Saya tidak bersetuju dengannya, malah, sesiapa yang tidak berfikir panjang akan bersetuju dengan Tawfik.”

 

Tawfik baru-baru ini berkata, kerajaan sepatutnya mengelakkan campur tangan dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia, sambil menambah proses penyebaran Islam sudah lama berkembang di negara ini mengatasi tempoh kepimpinan Dr Mahathir yang lebih 20 tahun. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.