Mainan Berbentuk Babi Diganti Jadi Burung Selepas Viral Di Media Sosial

KUALA LUMPUR – Sebuah gambar permainan menyerupai bentuk babi mula menjadi viral di laman-laman sosial baru-baru ini.

 

Gambar yang dimuat naik oleh Setiausaha Gabungan NGO Muslim Pulau Pinang, Ahmad Yakqub Nazri di laman Facebooknya, memaparkan imej mainan yang menyerupai wajah babi.

 

“Terkejut sgt apabila aku terlihat salah sebuah alat permainan di Taman Permainan di Padang Kota Lama berbentuk binatang BABI.

 

Dalam posting itu, Ahmad Yakqub memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) menegaskan kerajaan negeri di bawah DAP bertanggungjawab dalam pemasangan kemudahan mainan di taman permainan itu dan menyatakan bahawa pihak berkuasa bodoh di dalam sensitiviti kaum dan budaya yang melibatkan orang Islam dan Melayu di negeri itu.

 

“Moga Allah pelihara negara ku dari diperintah oleh golongan Kuffar yang anti Islam,” katanya.

 

Gambar yang dimuat naik pada Sabtu lalu telah menerima hampir 20 perkongsian malah tersebar di beberapa blog tempatan dan laman-laman sosial.

 

Posting terbabit juga turut mendapat perhatian netizens yang berdebat mengenai perkara itu.

 

Ramai pengguna sosial turut sama bersetuju dengan pendapat Ahmad Yakqub.

 

Pengguna Facebook, Azdy Mohd Arshad berkata, mainan itu jelas menunjukan sensitiviti Islam yang lemah dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus bertanggungjawab.

 

Seorang lagi pengguna media sosial Mohd Ismail Jalal Khan mencadangkan bahawa memorandum perlu dihantar kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu itu.

 

Sementara itu, ada pula yang berpendapat bahawa orang ramai tidak perlu terlalu sensitif dengan perkara itu.

 

Pengguna Facebook, Hakim Hassan Gyeah menyatakan bahawa orang ramai tidak perlu berfikiran sempit dan umat Islam di Malaysia sepatutnya tidak berterusan menjadi swinophobia.

 

Manakala pengguna lain, Najmi Faris Idham berpendapat bahawa tingkah laku etnosentrik itu tidak harus dibiarkan jikan ingin Malaysia maju bergerak ke hadapan: “Sampai bila bani Melayu nak takut dan menakut-nakutkan sesame sendiri dengan babi ni. Buka mata lebarkan minda. Cukuplah dengan pemikiran kolot ini.”

 

Dalam perkembangan terbaru, Ahmad Yakqub menjelaskan bahawa imej mainan di taman permainan itu telah digantikan dengan haiwan yang kurang sensitif, iaitu burung. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.