Jet Peribadi Terhempas Di AS, Sembilan Dikhuatiri Maut

OHIO – Sekurang-kurangnya sembilan orang dipercayai terbunuh apabila sebuah sebuah jet peribadi terhempas dan merempuh sebuah rumah, di bandar Akron, Ohio, Amerika Syarikat.

 

Menurut laporan media tempatan, kesemua penumpang termasuk dua juruterbang dalam pesawat itu dipercayai terkorban.

 

Namun, tiada orang awam dilaporkan cedera.

 

Menurut anggota Polis Peronda Lebuhraya Ohio, Leftenan Bill Haymaker, jet kecil yang boleh memuatkan 10 penumpang itu, terbakar selepas ia terhempas.

 

Kebakaran tersebut turut merebak ke beberapa rumah lain yang berhampiran.

 

Ketika kejadian, rumah berkenaan tiada penghuni dan tiada kecederaan orang awam dilaporkan.

 

Kejadian berlaku pada jam 3 petang waktu tempatan.-Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.