UMS Nafi Halang Sambutan Krismas Dalam Kampus

Sabah – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menafikan laporan akhbar kononnya ia menghalang sambutan perayaan Krismas dalam kawasan kampusnya.

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berkata ia tidak pernah berbuat demikian.

“Pihak universiti dengan rendah diri menafikannya dan menyifatkan ia sebagai salah faham. Cadangan sambutan Krismas telah awal mendapat kelulusan dan pihak UMS sendiri turut menyediakan bajet untuk pelaksanaannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata UMS turut menyokong hasrat pelajar yang inginkan penganjurannya dibuat secara meriah dengan melibatkan komuniti setempat seiring dengan usaha merakyatkan universiti.
Pada masa sama, UMS memberi pilihan sama ada sambutan diadakan di luar kampus bagi memudahkan kehadiran lebih ramai pengunjung, katanya.

Sebarang keraguan atau isu membabitkan UMS boleh diajukan kepada pihak pengurusan universiti melalui e-mel di BPK@ums.edu.my atau menerusui talian 088-320000 sambungan 1017/1650/1021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.