Tesis Ciplak: Kakitangan Akademik Berstatus Profesor Turut Bantu Dedahkan Bukti Plagiat Abu Hassan

Oleh: Zulkifli Mat Rawi

Kuala Lumpur – Ekoran pendedahan bersiri yang dilakukan sebelum ini kakitangan akademi berstatus profesor dari universiti tempatan turut bergabung melakukan siasatan terhadap dakwaan ‘tesis ciplak’ yang dikaitkan dengan Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.

 

Menurut sumber SuaraTV kakitangan akademi universiti tersebut mengambil masa beberapa hari untuk meneliti dan mengkaji semula penulisan tesis kedoktoran Abu Hassan yang bertajuk ‘Film As Lens Of Cultural Identity: A Critical Analysis On Malaysia Film’.

 

Hasil kajian yang dilakukan, mereka mendapati hampir keseluruhan tesis tersebut telah disalin terus (copy paste) dari pelbagai sumber dan buku.

 

“Hasil penelitian dan kajian yang dijalankan mereka mendapati hampir 10 buah buka telah diplagiat dan penemuan ini amat memeranjatkan.

 

“Ia amat memalukan dan merupakan jenayah penipuan akademi yang serius” ujarnya yang meminta agar identiti mereka dirahsiakan buat sementara waktu.

 

Menurutnya lagi, beberapa orang kakitangan akademi yang berstatus profesor turut terlibat dalam melakukan siasatan sendiri kerana ingin membersihkan imej universiti dan akademi yang tercalar ekoran pendedahan tersebut.

 

“Mereka terpaksa mengambil inisiatif sendiri bagi membersihkan nama universiti terbabit kerana Abu Hassan pernah berkhidmat di sana hampir 10 tahun.

 

“Penipuan dan kecurangan akademi ini satu perkara yang serius yang pihak yang bertanggungjawab perlu meneliti setiap dakwaan yang dikemukakan” katanya lagi.

 

Menurutnya antara buku dan karya yang telah diplagiat secara salin terus ialah ‘The Hybridity of Filmmaking in Australian National Cinema: Formulating a Cinematic Post-diaspora’ tulisan Rama Venkatasawmy; ‘Malaysian Cinema, Asian Film: Border Crossings and National Cultures’ tulisan William Van der Heide; ‘Cross-Cultural Management’ tulisan Dr. Mark Mallinger; ‘Transnational Chinese Cinemas: Identity, Nationhood, Gender’ tulisan Sheldon Hsiao-peng Lu dan ‘Film Studies’ tulisan Warren Buckland.

 

Beliau turut menjelaskan kumpulan kakitangan akademi tersebut masih lagi melakukan penelitian dan kajian bagi mencari sumber sebenar keseluruhan ‘tesis ciplak’ tersebut.

 

Beberapa orang kakitangan akademik UMK sebelum ini mendedahkan kepada SuaraTV berhubung salah laku jenayah dan penipuan akademi yang didakwa dilakukan oleh bekas pensyarah Universiti Malaya itu.

 

Abu Hassan kemudianya berdepan dengan tuduhan plagiat apabila seorang pensyarah di universiti yang sama tampil membuat laporan polis pada 1 November lalu di Balai Polis Bachok, Kelantan.

 

Di dalam laporan polis tersebut, persyarah terbabit mendakwa menemui bukti yang menunjukkan tesis Abu Hassan tidak sah untuk penilaian akademik kerana telah ‘diciplak’ dari karya penulis kelahiran Mesir, Viola Shafik.

 

Namun UMK menafikan semua tuduhan tersebut dan menyifatkan semua yang berlaku itu hanyalah disebabkan salah faham.

 

Menurut Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Raduan Bin Hj. Che Ros ketika ditanya oleh pihak media mengenai isu ini berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu dan telah melakukan siasatan.

 

“Ini satu kes serius dan saya telah menyiasat perkara itu dengan memanggil kedua-dua individu terlibat iaitu individu yang kena tuduh dan individu yang membuat tuduhan untuk menyelesaikan perkara ini.

 

Saya dapati ini disebabkan sedikit salah faham sahaja,” katanya kepada pemberita memetik laporan Bernama selepas Majlis Anugerah Citra 2014 UMK di Kampus Pengkalan Chepa di sini, malam tadi.

 

Raduan yang juga merupakan Setiausaha Agung Majlis Profesor Negara turut menjelaskan, isu kredibiliti akademik menjadi satu perkara yang sangat penting dan pihaknya tidak ada toleransi sekiranya ia benar-benar berlaku.

 

Berikut adalah sebahagian perbandingan antara karya asal dan ‘tesis ciplak’ yang dikaitkan dengan Abu Hassan:

 

tesis ciplak 1

 

tesis ciplak 2

 

tesis ciplak 3

 

tesis ciplak 4

 

tesis ciplak 5

 

tesis ciplak 6

 

Sumber: Universiti Manggis

 

Baca: Tesis Ciplak: Abu Hassan Kecewa Dituduh Lakukan Plagiat

 

Baca: Kakitangan Akademik UMK Dedah Bukti, ‘Tesis Ciplak’ Prof Abu Hassan?

 

Baca: VC UMK Cuba Tutup Mata, Isu ‘Ciplak Karya’ Prof Abu Hassan?

 

Baca: UMK Nafi Prof Abu Hassan Terbabit ‘Ciplak Karya’ Orang

 

Baca: Ciplak Karya: Pensyarah UMK Mengaku Buat Laporan Polis Terhadap Prof Abu Hassan

 

Baca: Sumber Dalaman UMK Dakwa Profesor Plagiat Mohon Letak Jawatan

 

Baca: Gara-Gara Laporan Profesor Dituduh Plagiat, UMK Tutup Akses Website?

 

Baca: Ahli Majlis Profesor Negara, Profesor UMK Dituduh Ciplak Untuk Tesis Phd?

3 thoughts on “Tesis Ciplak: Kakitangan Akademik Berstatus Profesor Turut Bantu Dedahkan Bukti Plagiat Abu Hassan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.