Pasangan Suami Isteri Didakwa Bersama 2 Individu Atas Pertuduhan Sokong Pengganas IS

Shah Alam – Empat individu termasuk sepasang suami isteri didakwa di dua Mahkamah Majistret Shah Alam sebentar tadi terhadap pertuduhan cuba memberi sokongan kepada pengganas Negara Islam (IS) dengan cara membeli tiket penerbangan Emirates ke Istanbul, Turki, Oktober lalu.

Dua pekerja kedai makan Muhamad Na’eem Apandi, 24; Muhammad Fadhil Ibrahim, 24; pengusaha taska, Nazhatulshima Sahak, 44, dan suaminya, Amir Azlan Zainudin, 44, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.