Fazura Bengang, Kru Kabin Kejutkan Hanya Kerana Untuk Bergambar

Kuala Lumpur – Artis yang baru saja merakamkan single pertama untuk konsert Majalah Eh! baru-baru ini, ‘bengang’ apabila dikejutkan dari tidur semata-mata ada kru kabin yang juga peminatnya ingin bergambar sama.

Rasa tidak puas hati pelakon Nur Fazura diluahkan menerusi laman Facebook miliknya.

“Saya tahu saya seorang selebriti tetapi saya juga merupakan seorang penumpang berbayar.

“Tidak manis sekiranya kru penerbangan mengejutkan saya daripada tidur semata-mata untuk bergambar ketika saya sedang berehat. Saya suka melakar memori bersama orang lain tetapi tidak boleh tunggu ke sampai kita mendarat? #GrowUpAndHaveSomeManners,” katanya.

Namun, luahan hati Fazura itu mendapat cemuhan daripada segelintir peminat yang melabelnya sebagai seorang yang perasan diva.

@DatinSemah berkata “Kris Dayanti yang berstatus jutawan dan diva nombor satu Indonesia pun turun di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) naik tren, kau yang setakat naik flight entah ke mana dah heboh satu Malaysia, orang ganggu kau tidur.”

@Wanie-78 pula berkata, “memang sesuai la populariti Fazura menjunam, perangai teruk dan perasan cantik macam diva, bukan Miss World pun, setakat model ubat gigi je.”

Bukan setakat itu, penggunaan perkataan yang salah dalam bahasa Inggeris turut menjadi sindiran peminat. Ada yang mengatakan penggunaan sepatutnya adalah: “It is not cool for flight attendants to wake me (up) while napping…”

Bagaimanapun, masih ada peminatnya yang menyokong luahan Fazura itu kerana menganggap sikap kru penerbangan berkenaan tidak professional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.