Isu Dopping: BWF Gantung Chong Wei

Kuala Lumpur – Pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei digantung sementara selepas didapati sah positif dalam ujian doping, menurut Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF), hari ini.

“Badan induk dunia sudah mengenakan penggantungan ini berpandu kepada sampel Adverse Analytical Finding yang diambil ketika Kejohanan Badminton Dunia, Ogos lalu,” menurut BWF dalam kenyataannya.

“BWF merujuk perkara itu kepada Panel Pendengaran Doping BWF dan dalam satu tempoh terdekat panel ini akan menetapkan masa, tarikh dan lokasi pendengaran berkenaan.

“Panel ini akan memutuskan sama ada atlet berkenaan bersalah menggunakan bahan terlarang.” – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.