Bas Bertembung Lori, 56 Termasuk 18 Kanak-Kanak Terbunuh

Pakistan – Sekurang-kurangnya 56 penumpang termasuk 18 kanak-kanak terbunuh apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori membawa barangan di Selatan Pakistan pada Selasa.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku di bandar Khairpur yang terletak kira-kira 450 kilometer dari Karachi.

“Bas awam yang berulang-alik dari Karachi itu dari arah Swat sebelum bertembung dengan lori sehingga mengorbankan seramai 56 penumpang,” kata seorang pegawai kanan polis, Nasir Aftab.

Jelasnya, seramai 18 penumpang lagi mengalami kecederaan. Kesemua penumpang terdiri daripada 17 perempuan dan 18 kanak-kanak manakala selebihnya lelaki.

 Seorang doktor di Hospital Awam Khairpur berkata, seramai tiga dari 18 mangsa itu berada dalam keadaan kritikal ketika ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.