Utamakan kesihatan mental, wujudkan suasana kerja yang sihat dan kondusif – Dr. Dzulkefly

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Agenda kesihatan mental negara menjadi keutamaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempertingkat kerjasama merentas agensi melibatkan ‘smart partnership’ bersama agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO).

Ianya bagi memastikan perkhidmatan kesihatan mental yang holistik untuk segenap lapisan masyarakat.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata demikian pada majlis perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Dewan Serbaguna, KKM dekat sini pada Khamis.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Norhayati Rusli; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi), Norhaliza A. Halim; Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Malaysia, Brunei Darussalam & Singapura, Dr. Rabindra Abeyasinghe, dan Wakil Timbalan United Nations Children Fund (UNICEF) Malaysia, Sanja Saranovic.

Dr. Dzulkefly berkata, ‘Utamakan Kesihatan Mental di Tempat Kerja‘ merupakan tema kali ini yang memberi penekanan dalam aspek penjagaan kesihatan mental dalam kalangan warga kerja bagi mewujudkan suasana kerja yang sihat dan kondusif.

Beliau berkata, dalam usaha untuk memperkasakan masyarakat tentang kesihatan mental melalui konsep ‘task shifting‘ yang melibatkan ketua komuniti, pemimpin agama, sukarelawan dan pewujudan kumpulan sokongan komuniti.

“KKM telah mengambil inisiatif untuk membangunkan program Komuniti Minda Sejahtera (K-MindSet) yang akan menjadi titik tolak kepada pembangunan modal insan bagi ketua-ketua komuniti.

“KMindSet memfokuskan kepada pewujudan kumpulan sokongan komuniti yang akan dilatih menggunakan modul latihan advokasi telah dilaksanakan di Melaka secara projek rintis dan akan diperluaskan secara berkala.

“Sehingga kini, seramai 140 orang yang terdiri daripada penghulu, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan sukarelawan dari Melaka telah dilatih, ”katanya.

Dalam pada itu, KKM menerima sebanyak 59,860 panggilan berkaitan tingkah laku cubaan bunuh diri menerusi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 bagi tempoh 2022 hingga 9 Oktober lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 138 dikenal pasti melakukan cubaan membunuh diri manakala 35,590 individu memerlukan bantuan emosi dan juga intervensi khusus bersifat psiko pendidikan untuk memberi ketrampilan mengurus atau ‘coping skill’.

Dr. Dzulkefly turut melancarkan ‘Nota Poket Kesihatan Mental di Tempat Kerja‘, Modul ‘Helping Adolescent Thrive: Komik Mei & Rakan-Rakan‘ dan ‘Modul Latihan Advokasi dan Kesedaran Kesihatan Mental Kepada Ketua K-MindSet.

Menerusi kenyataan KKM memaklumkan, Nota Poket Kesihatan Mental di Tempat Kerja merupakan inisiatif kementerian untuk memperkasa warga kerja di dalam penjagaan kesihatan mental kendiri.

“Modul ‘Helping Adolescent Thrive: Komik Mei & Rakan-rakan’ merupakan kolaborasi KKM bersama WHO dan UNICEF bagi kesihatan mental kanak-kanak dan remaja yang menekankan aspek pembelajaran kemahiran emosi dan sosial bagi meningkatkan tahap daya tahan (resilience), ”tambah kenyataan itu.

Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada tanggal 10 Oktober saban tahun bagi menekankan aspek pendidikan kesihatan mental global serta kesedaran dan advokasi terhadap stigma sosial. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat