Zahid Ke SPRM Kali Ke-5 Esok

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi buat kali kelima akan ke ibu pejabat Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya esok.

Beliau berkata demikian setelah selesai memberi keterangan hari ini tanpa mahu mengulas lanjut.

“Saya datang balik esok,” katanya selepas hampir 9 jam di ibu pejabat SPRM.

Hari ini merupakan kali keempat bekas Timbalan Perdana Menteri itu ke SPRM bagi membantu siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi membabitkan nilai mencecah RM800,000.

SPRM juga pernah mengambil keterangan beliau bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beliau bertemu dengan kerabat Arab Saudi yang dikatakan memasukkan wang RM2.6 bilion ke akaun bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Zahid beberapa kali sudah menyatakan tiada sebarang unsur penyelewengan berlaku ke atas dana Yayasan Akal Budi yang dikendalikan keluarganya itu.
Dakwa Zahid, yang berlaku sebenarnya ialah kesilapan pegawainya yang membuat pembayaran kad kredit dengan menggunakan duit yayasan dan bukannya menggunakan cek peribadi. -SuaraTv

One thought on “Zahid Ke SPRM Kali Ke-5 Esok

  • October 11, 2018 at 8:50 pm
    Permalink

    salah dakwa hukum bgs ceta?? layan tk guna!!! undang2 tetap dilaksanakan..tk kita sapa pun!!! cekup tangkap sumbat??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.