Pesta Arak OctoberFest 2018 Di Mid Valley Hari Ini Boleh Diteruskan – Datuk Bandar KL

KUALA LUMPUR – Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata pesta arak “Oktorberfest 2018″ yang berlangsung di Mid Valley hari ini boleh diteruskan selagi tidak melanggar undang-undang.

Beliau berkata, ini kerana pesta di kompleks membeli-belah itu dijalankan secara tertutup dan tidak dilakukan di kawasan terbuka.

“Oktoberfest itu kalau dalam premis tidak ada keluar, tidak ada mabuk kacau orang dalam premis tidak apa sebab mereka memang jual arak, alkohol di dalam tu.

“Kalau minum dalam premis tu, minumlah tapi kalau letak iklan besar-besar itu tidak boleh, itu kita akan turunkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Komuniti Strata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018.

Berita Berkaitan;- 

Boleh Anjur Pesta Arak OctoberFest 2018 Secara Bersyarat – Khalid Samad

Bukan Datuk Bandar KL Sekarang Yang Terima Hadiah Penyapu – Dr Khir Toyo

Beliau mengesahkan DBKL sehingga kini tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan pesta arak.

Bagaimanapun katanya, DBKL tetap akan memantau penganjuran pesta arak di Mid Valley itu untuk memastikan ia tidak dibawa keluar.

“Memang setakat ini saya tidak menerima sebarang permohonan.

“Mid Valley tu kita pergi (buat tinjauan) sebab ia di dalam. Tapi kita tetap akan pantau, jika dibawa keluar kita sita,” katanya lagi.

Pada Selasa Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata pesta arak “Oktorberfest 2018″ boleh dianjurkan jika pihak penganjur membuat permohonan bagi mendapatkan permit dan mematuhi kesemua garis panduan yang ditetapkan DBKL.

Beliau berkata, antara garis panduan yang perlu dipatuhi penganjur ialah orang Islam tidak dibenarkan terlibat dan tidak dijalankan di tempat terbuka.

Oktoberfest 2018 berlangsung di Mid Valley hari ini dengan pengisian festival makanan, hiburan, muzik dan arak.

Pada 17 September tahun lepas DBKL menolak permohonan penganjuran “Better Beer Festival 2017” yang dijadualkan diadakan pada 6-7 Oktober tahun itu.

DBKL dalam kenyataannya ketika itu berkata, ia menerima permohonan daripada pihak penganjur pada 28 Ogos 2017 untuk menjalankan aktiviti tersebut di Solaris Damansara dari pukul 2 petang hingga 11 malam tetapi tidak meluluskannya.

Pada tahun 2017, penganjur membawa 250 jenama arak berbeza dari 43 syarikat pengusaha arak (breweries) untuk memenuhi citarasa pengunjung.

Penyertaan adalah dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Australia, England, Scotland, Belgium, Germany, Denmark, Norway, Japan, Thailand dan Vietnam. – FMT

One thought on “Pesta Arak OctoberFest 2018 Di Mid Valley Hari Ini Boleh Diteruskan – Datuk Bandar KL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.