Netizen Tolak Penjelasan Exco Gangster

KUALA LUMPUR – Walaupun telah membuat permohonan maaf kerana dianggap biadap dengan penduduk kampung menerusi sebuah video nampaknya kecaman terhadap  Exco Melaka Norhizam Hassan Baktee belum berakhir. 

Lebih buruk ADUN Pangkalan Batu itu dianggap tidak layak  menjadi wakil rakyat dengan keperibadian yang ditonjolkannya. 

Justeru ada yang mendesak agar Pakatan Harapan memecat Norhizam.

“Dari percakapan dah boleh tahu hati macam mana. Baru jadi ADUN belum jadi menteri lagi, Harap Pakatan Harapan ambil tindakan. Kita sebagai rakyat tak mahu YB tak sekolah macam ni. Dia tak layak,” kata Baharuddin Din.

Bagi Shahril Bohari pula wakil rakyat yang sombong seperti Norhizam tidak layak menjadi pemimpin.

“Kalau tak tahu buat kerja tak pandai mentadbir jangan jadi Yb malulah. Ramai lagi orang layak. Dah la tak pandai  mentadbir lepas tu sombong pulak bagilah pemimpin lain yang layak, katanya. 

Bagi Giman Man tindakan Exco Melaka itu akan memberi kesan kepada pilihan rakyat pada pilihan raya yang akan datang. 

Giman yakin  tindakannya itu akan  memberikan persepsi buruk yang sudah pastinya tidak akan digemari penduduk setempat. 

“Bukan masalah gangster tapi soal seorang yang ada nama besar begitu biadap.Yang pasti ini kali sahajalah kamu jadi YB. Tunggu nanti pilihan raya akan datang kalau rakyat boleh tukar kerajaan apalah sangat seorang wakil rakyat

“Kan peribahasa dan menyatakan bahasa menunjukkan bangsa 

Jadi renung-renunglah YB. Saya Yb ke kamu Yb. Hihi,” Kata Giman Man.

Semenjak kejadian Norhizam bertekak dengan sekumpulan penduduk, sehingga kini masih ramai yang menggelarnya sebagai samseng dan gangster selain YB yang biadap. 

Walaupun pada mulanya beliau mempertahankan tindakannya apabila berkata meninggikan suara selepas diprovok namun kemudian Norhizam membuat permohonan maaf. 

Semalam tular di media sosial sikap Norhizam melayani para penduduk kampung dengan suara tinggi dan kata-kata yang tidak wajar ekoran isu penutupan jalan menuju ke masjid iaitu di Taman Akasia, Melaka. 

Ini bukan kali pertama video Norhizam berlagak samseng menjadi tular. Sebelum ini pada 29 Ogos lalu Norhizam pernah mengundang kemarahan netizen apabila menyerbu tempat simpanan baja orang kampung selain mendakwa mereka menyorok dan menyimpan baja subsidi. –SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.