Munawar Anees: Saya Tidak Seperti Anwar, Sanggup Dapatkan Pengampunan Untuk Kepentingan Politik

KUALA LUMPUR: Bekas penulis ucapan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Munawar Ahmad Anees berkata walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang menuju puncak kuasa selepas mendapat diraja, namun dirinya tidak akan sesekali mengikut jejak langkah Anwar untuk tujuan itu.

“Sekiranya Anwar Ibrahim mencari dan mendapat pengampunan untuk kepentingan politik, itu tidak bermakna saya harus mencontohinya. Sekiranya hati nuraninya dengan tenang mengaku bersalah demi mendapat pengampunan, jadi biar ia seperti itu,”kata Dr Munawar Anees dipetik FMT.

“Hati nurani saya tidak dijual,” katanya.

Munawar sebelum ini pernah menggemparkan negara apabila mendedahkan dia dipaksa mengaku bersalah atas kesalahan liwat dengan Anwar. 

Munawar pada Jun lalu membuat tuntutan baru untuk membersihkan namanya atas pengakuan yang didakwa palsu yang digunakan pada 1998 untuk mengaitkan bekas timbalan perdana menteri itu dengan liwat.

Munawar membuat tuntutan ini memandangkan pengampunan penuh dan pembebasan yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bulan lepas.

Peguamnya, Manjeet Singh Dhillon berkata satu writ akan dibuat di Mahkamah Tinggi meminta ganti rugi untuk kehidupan yang terjejas sejak 20 tahun lalu akibat pemenjaraan, penyeksaan dan penderaan.

Sebagai alternatif, Munawar meminta satu perbicaraan baru di mana pihak pendakwaraya boleh membentangkan semua bukti-bukti yang ada.

Pada September 1998, Munawar mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen kerana membenarkan Anwar meliwatnya di satu kondominium di Bukit Damansara pada Mac 1993.

Dia dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan kemudian dia meninggalkan Malaysia.

Manjeet, dalam prosiding sivil pada 2011, memberitahu mahkamah bahawa Munawar dipaksa memalsukan bukti terhadap Anwar berkaitan liwat.

Selepas pembebasannya, dia pergi ke Amerika Syarikat.

“Membina semula kehidupan yang sangat hancur adalah tugas yang besar,” katanya  lagi sambil menambah, stigma ‘banduan jenayah’ bermakna walaupun seseorang itu berkaliber, adalah sangat mustahil untuk mendapatkan pekerjaan.

“Dengan kemelesetan ekonomi yang teruk, kekejaman stigma sosial berterusan, sehingga hari inii,” kata Anees, yang akhirnya diupah sebagai perunding dalam asas akademik seorang dermawan Amerika, Sir John Templeton.

Namun, Munawar, 70, tetap menolak idea untuk mendapatkan pengampunan, dan masih mahu mendapatkan keadilan di mahkamah bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Dia mendedahkan bahawa dia telah bertemu dengan Mahathir pada tahun 2008, kira-kira 10 tahun selepas ‘zaman gelapnya’.

“Saya menjelaskan kepadanya bahawa saya seorang yang tidak bersalah. Dr Mahathir bagaimanapun berkata dia bertindak atas perintah Ketua Polis Negara (Abdul Rahim Noor),”katanya.

Munawar berkata beliau bagaimanapun menghormati Mahathir kerana gaya kepimpinannya yang mampu membuat perubahan terhadap ekonomi Malaysia.

“Kepimpinannya memberi keyakinan kepada minda orang. Dia melakukan satu mekanisme untuk mengurangkan ketaksamaan sosial, “katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menujukan kata-kata itu kepada Anwar.

“Mengetahui Anwar Ibrahim dan gaya kerjanya sekian lama, nasihat saya kepadanya adalah untuk mencerminkan secara mendalam mengenai cita-cita beliau,” katanya. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.