VIDEO: Kerajaan Dah Tukar, Masalah Pemandu Masih Tak Selesai

KUALA LUMPUR – Sekalipun kerajaan telah bertukar tangan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan, namun nampaknya ketidakpuasan hati pemandu teksi masih tidak berkesudahan.

Hari ini viral di Facebook video pemandu teksi yang berang terhadap perkhidmatan e-hailing yang menyebabkan pendapatan golongan itu semakin berkurang.

Setiap hari pemandu dalam video itu mendakwa hanya meraih RM60 kerana peningkatan pemandu dalam talian (e-hailing).

“Yang 80,000 pemandu teksi yang sekarang ini, belum kira pemandu kereta sewa, pemandu pelancong yang terlibat dengan pelancongan, semua ini jahanam.

“Hari-hari penat bawa balik RM60. Yang e-hail ini tidak ada permit, cukai jalan persendirian adakah ini rule of law?

“Kami yang cukup syarat tidak boleh cari makan, orang yang tidak cukup syarat boleh hidup senang,” katanya.

Oleh kerana suara mereka tidak pernah didengari oleh kerajaan maka tindakan menularkan video itu adalah strategi untuk mendapatkan perhatian Kementerian Pengangkutan.

“Kami dah mengadu kepada wakil rakyat, menteri dan SPRM semua kita dah mengadu saluran mana lagi yang boleh kami buat aduan?

“Matlamat kami, perkara ini sebentar lagi akan diviralkan perbicnangan ini akan diviralkan biar perkara ini sampai ke pengetahuan menteri yang berkenaan sebab kami tidak ada saluran yang kami boleh buat (guna). Kami terpaksa buat begini biar benda ini akan viral nanti kalau kita tidak buat begini tiada siapa yang tahu,” tambahnya.

Pelbagai respon netizen yang terbit daripada video yang berdurasi n4:41 saat itu.

Ada yang menghentam golongan pemandu teksi kerana sebelum ini menolak BN yang sebenarnya banyak membantu mereka sebelum ini.

“Najib sedaya upaya bantu mereka ni dgn bantuan Teksi baru,lesen persendirian,tayar baru dan juga duit minyak tapi kau orang tikam balik Najib masa Pilihan Raya Umum.

“Sekarang korang kena rasa apa padahnya jika selalu percaya fitnah.. apa-apa pun kena terimalah apa yg terjadi sebagai pengajaran.. nak marah pun tak guna sebab dah lepas..jadi hadap je lah 5 tahun n,” kata Faizal Gadong.

“Dulu di bagi bantuan..kamu caci maki najib..skarang rasa lah kerajaan yg kamu dambakan,” tambah Muzzlan Zack.

“Dulu pemandu teksi ni la yang undi PH nak ubahkan dah ubah ke??????? Pasang bendera PH pada teksi mereka , ubah le sangat,”ujar Faridah Mustafa.-SuaraTv

One thought on “VIDEO: Kerajaan Dah Tukar, Masalah Pemandu Masih Tak Selesai

  • October 11, 2018 at 8:56 pm
    Permalink

    teksi jer patut kekal..?? grap dn lain2 tu di hapuskan??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.