CGT Bakal Larikan Pelabur, Kata Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membantah langkah kerajaan memperkenalkan cukai keuntungan modal (CGT) ke atas jual beli saham yang disifatkannya sebagai langkah populis.

Menurutnya pada akhirnya tindakan kerajaan itu hanya akan menyebabkan pelabur enggan membeli saham di Malaysia.

“Sekali imbas, CGT ke atas jual beli saham sangat menarik dan populis…Fikiran seperti ini amat populis dan disenangi rakyat biasa tetapi impaknya amat besar. Akhirnya, yang rugi ialah ekonomi negara dan rakyat biasa sendiri juga.

“Negara-negara jiran yang lain seperti Singapura, Hong Kong yang mempunyai pasaran saham yang jauh lebih aktif dan besar berbanding kita tidak ada cukai CGT ini.

“Jika cukai CGT ke atas jual beli saham ini diperkenalkan di Malaysia, kecenderungan pelabur-pelabur asing dan domestik untuk membeli saham di Malaysia akan (bukan kemungkinan) jatuh teruk. Mereka akan memilih bursa saham yang lain untuk melabur kerana tempat lain tidak ada cukai CGT,” katanya menerusi Facebook.

Jelas beliau lagi, syarikat yang tersenarai di Bursa Saham juga bakal berhadapan dengan kesukaran untuk menerbitkan saham seterusnya mendapatkan modal untuk tujuan mengembangkan perniagaan mereka kemudian meninggalkan pelaburan saham dalam negara.

“Oleh kerana kesukaran untuk mendapat modal melalui terbitan saham tambahan, bisnes mereka tidak boleh berkembang maka peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi akan pasti terjejas,” ujarnya.

Pada akhirnya sekali lagi cukai ini tambah Najib akan menjejaskan rakyat jika aktiviti ekonomi berkurang.

Najib berkata demikian bagi mengulas laporan Kementeri Kewangan mungkin akan melaksanakan CGT. Beliau memberi amaran langkah itu akan mendorong pelabur asing dan tempatan ke pasaran lain yang tidak ada cukai itu.

Putrajaya baru-baru ini menggesa rakyat bersedia untuk berkorban menjelang Bajet 2019 yang akan dibentangkan 2 November ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cukai baharu itu mungkin diadakan bagi menampung kekurangan akibat menghapuskan GST. -SuaraTv

2 thoughts on “CGT Bakal Larikan Pelabur, Kata Najib

  • October 11, 2018 at 8:37 pm
    Permalink

    bila kes akan tammat? org biasa cepat jer jatuh hukum? tk habis2 komen sana komen sini? meluat sampah!! tak sedar diri ke? rasa hebat ?? korup kurap kudis???

    Reply
  • October 11, 2018 at 8:39 pm
    Permalink

    buang masa jer??? haprak!! ni layan!! korup. rosak hancur!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.