Bursa Saham Malaysia Terus Catat Kerugian

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia meneruskan kerugian pada pembukaan hari ini, sejajar dengan prestasi lebih lemah di Wall Street susulan kebimbangan berhubung prospek pertumbuhan global.

Pada jam 9.20 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 41.45 mata kepada 1,693.73 daripada 1,735.18 pada Rabu.

Indeks utama itu dibuka 35.42 mata lebih lemah kepada 1,699.76.

Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) susut susulan kejatuhan mendadak dalam kaunter teknologi di tengah-tengah kebimbangan berhubung kenaikan kadar faedah.

Ia juga sama apabila pasaran saham Eropah turut terjejas dengan kerugian besar diterajui oleh kaunter perlombongan dan teknologi.

Di papan skor, kaunter rugi mengatasi untuk dengan 765 berbalas 40, dengan 110 tidak berubah, 957 tidak didagangkan dan 17 digantung.

Di tengah-tengah dagangan aktif, jumlah dagangan berada pada 575.62 juta unit saham bernilai RM323.04 juta. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.