Aishah Enggan Tunduk Desakan Minta Maaf Kepada Vida

KUALA LUMPUR — Penyanyi Aishah bertegas enggan meminta maaf kepada Datuk Seri Vida kerana isu penajaan melibatkan “maruah anak seni”.

Juara Gegar Vaganza 2017 tidak mahu mendiamkan isu “berlian palsu” supaya masalah seumpama itu tidak berulang dan merosakkan industri, lapor mStar Online.

“Ini melibatkan maruah kami sebagai anak seni, kami punya bakat dan kebolehan yang org lain tak ada,” katanya penyanyi Janji Manismu.

Aishah berkata berdiam diri umpama memberi “lampu hijau” kepada penaja membuat “iklan bunyinya yang gah” tetapi kudrat artis diperah tanpa penghargaan.

“Bila bersuara dihentam sebagai tidak bersyukur. Pengajarannya penaja sila kotakan janji-janji mereka di atas pentas selepas pertandingan… itu saja!,” katanya.

Beliau juga mengulangi dakwaan berlian yang ditaja dalam Gegar Vaganza musim keempat palsu berdasarkan bukti dan “pengesahan” pakar gemologi.

“Mana mungkin saya tarik balik kenyataan berlian palsu itu sedangkan pakar gemologi telah pun mengesahkannya,” katanya.

Semalam, pengasas Qu Puteh menggesa Aishah meminta maaf secara terbuka kerana menggunakan perkataan “berlian palsu”. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.