6 Lokasi Oktoberfest Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR – Polis mengenalpasti 6 tempat yang akan menganjurkan pesta arak Oktorberfest tahun ini, kata Ketua Polis Negara  Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Namun katanya polis sehingga kini belum menerima permohonan setiap satu daripada penganjur yang telah dikenalpasti.

“Tak ada permohonan dibuat kepada kita tetapi kita tahu tentang perkara ini,” katanya.

Jelasnya, polis akan membenarkan penganjuran Oktoberfest sekiranya dibuat secara tersusun, tidak mengganggu ketenteraman awam, dan tiada risiko keselamatan.

“Mungkin kita akan luluskan kalau kita nampak tak ada apa-apa masalah,” katanya.

Pada September tahun lalu, pihak berkuasa tempatan menolak permohonan penganjur Festival Better Beer seminggu selepas PAS membuat bantahan dan menggelar acara tersebut pesta maksiat.

Kelmarin, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad membenarkan penganjuran Oktoberfest di ibu negara tetapi penganjur wajib mematuhi garis panduan tertentu, termasuk melarang orang Islam menyertainya dan tidak menganjurkan di tempat terbuka.Polis mengenalpasti 6 tempat yang akan menganjurkan pesta arak Oktorberfest tahun ini.

Terdahulu Datuk Bandar Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata pesta arak di Mid Valley yang akan bermula 7 malam ini diteruskan selagi tidak melanggar peraturan. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.