Trump Diberi Taklimat Mengenai Langkah Pencegahan Provokasi Korea Utara

WASHINGTON – Presiden Donald Trump pada Selasa diberikan taklimat oleh pemimpin tertinggi angkatan tentera Amerika Syarikat (AS) mengenai langkah tindak balas yang akan diambil negara itu terhadap sebarang provokasi Korea Utara, lapor agensi berita Xinhua.

Rumah Putih dalam satu kenyataan berkata, talimat diberikan Setiausaha Pertahanan AS Jim Mattis dan Pengerusi Ketua Turus Bersama Joseph Dunford.

Ketegangan semakin memuncak di Semenanjung Korea sejak Pyongyang pada bulan lepas melancarkan ujian nuklear keenamnya yang disifatkan paling kuat, lapor Bernama.

Jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert berkata, walaupun AS mempunyai pilihan ketenteraan, namun pendekatan “diplomasi tetap menjadi pilihan pertama.”

“Tiada siapa mahu berperang dengan negara lain, kami mahukan diplomasi.Tiada siapa sukakan tindak balas ketenteraan tetapi ia perlu ada sebagai sokongan sekiranya AS atau sekutu kami memerlukannya,” kata Nauert.

Pyongyang pada 3 Sept melancarkan ujian bom hidrogen yang dimuatkan bersama peluru berpandu balistik rentas benua (ICBM), langkah itu bertentangan dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu dan matlamat untuk menghapuskan pembangunan senjata nuklear di Semenanjung Korea.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.