Setelah 11 Tahun Akhirnya Kes Bunuh Wanita Cantik Ini Terungkap

Akhirnya selepas 11 tahun, pembunuhan seorang wanita cantik di Jepun, Yuri Kuroanuma terungkap setelah pembunuhnya mengaku melakukan perbuatan itu kepada polis beberapa hari lalu.

Hirokazu Suzuki, 37, yang pernah dipenjara kerana cuba membunuh seorang wanita berusia 40 tahun pada  April lalu mengaku membunuh Yuri pada 23 September 2006 di sebuah terowong di daerah Miyamae Kawasaki.

“Suspek sebenarnya sudah pernah ditangkap dan ditahan, tetapi kini baru terbukti dan mengakui perbuatannya ini kepada polis selepas kes pembunuhan ini dibuka semula selepas 11 tahun,” kata media.

Dia membunuh Yuri di terowong sepanjang 1.5 kilometer itu kerana sakit hati selepas diejek Yuri. Suzuki mengaku menikam Yuri dengan pisau dapur sebanyak dua kali, satu di bahagian perut satu lagi di bahagian berdekatan jantung.

Kes ini mula terungkap perlahan-lahan selepas Januari 2016 apabila Suzuki menghantar poskad kepada pihak polis bahawa dia yang membunuh Yuri.

Namun polis tidak dapat bertindak kerana tiada bukti kukuh di atas pengakuan Suzuki, yang dibuatnya dari dalam penjara di Tochigi.

Polis bagaimanapun menjalankan siasatan dan ternyata  kasut Suzuki yang ada di dalam keretanya mempunyai tompok darah yang sesuai DNA milik Yuri.

Akhirnya polis mengeluarkan waran tangkap dan menangkap Suzuki atas tuduhan membunuh Yuri kira-kira 11 tahun lalu.

Ibu bapa Yuri menyatakan rasa puas dan bersyukur.

“Akhirnya kebenaran dan pelaku muncul juga ke muka pengadilan, syukurlah, kami lega dan tahu siapa pembunuhnya,” kata mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.