Provokasi Bekas Isteri Pertama Trump

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Melania Trump, isteri kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) memberi respons selepas bekas isteri suaminya membuat provokasi dengan mendakwa dia adalah ‘Wanita Pertama’ menerusi wawancara bersama rancangan Good Morning America.

Menurut Agensi, Kelmarin, bekas model tersebut dengan tegas menyatakan dia sebagai Wanita Pertama sebenar.

Sementara itu, jurucakap Melania mendakwa, Ivana membuat jenaka itu kerana mahu mencari perhatian dan untuk kepentingan sendiri, lapor MD.

Ketika wawancara itu, Ivana berkata, dia berhak mendapat gelaran itu kerana dia isteri pertama jutawan hartanah terbabit selain ibu kepada Ivanka, Eric dan Donald Jr.

“Saya mempunyai hubungan secara terus dengan Rumah Putih tetapi tidak mahu menimbulkan sebarang rasa cemburu,” katanya secara sinis merujuk kepada Melania ketika mempromosikan bukunya berjudul Raising Trump.        

Difahamkan, Wanita Pertama AS (Flotus) gelaran tidak rasmi tanpa peranan jelas yang berfungsi sebagai tuan rumah di Rumah Putih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.