Lelaki Orang Asli Jatuh Pokok, Patah Kaki Kiri

TAPAH – Seorang lelaki Orang Asli terjatuh dari pokok ketika memetik petai di kawasan Taman Rekreasi Kuala Woh, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, Rani Md Hanapiah berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 11.03 pagi sebelum pasukannya bergegas ke lokasi kejadian, lapor Sinar.

“Mangsa berusia 30an memanjat pokok petai dan dipercayai terjatuh menyebabkan kaki kirinya patah.

“Anggota kemudiannya membuat rawatan awal sebelum membawa lelaki itu menggunakan pengusung dan menyerahkan kepada pihak kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya semalam.

Rani berkata, operasi diketuai Rosli Mohamed itu tamat jam 12.36 setelah mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.