Lelaki Ini Dikatakan Bunuh Diri Gara-Gara Gagal Bernikah, Inilah Calon Isterinya

Kematian Azan Fikri yang merupakan seorang anggota polis di Sungai Lilin telah mengejutkan orang awam apatah lagi mayatnya ditemui dengan kepalanya ditembusi peluru dipercayai akibat membunuh diri.

Azan Fikri yang berasal dari Tungkal Ilir, Indonesia dikatakan menembak kepalanya sendiri selepas menghantar calon isterinya, Resi, 25, ke rumahnya.

Selepas menghantar calon isterinya, kira-kira 30 meter dari rumah Resi terdengar bunyi tembakan senjata api.

Berita mengenai kematiannya mula heboh. Ada yang menyatakan Azan bunuh diri kerana kecewa gagal berkahwin dengan Resi.

Mengulas mengenainya, polis menyatakan, kematian Azan tiada kaitan dengan pekerjaannya sebaliknya ia lebih kepada masalah peribadi.

“tindakan ini tidak berkaitan dengan institusi polis, tetapi ia berkaitan dengan masalah peribadi, yang mungkin disebabkan keadaan mental dan imannya yang lemah, sehingga nekad untuk melakukan tindakan sedemikian,” kata Inspektor Jeneral Zulkarnain.

Disebabkan kematian itu, Resi menjadi tumpuan kerana masyarakat ingin mengetahui siapa wanita itu. Netizen mula memburu akaun media sosial Resi, sama ada di Facebook atau Instagram.

Mereka menemui akaun Instagram miliknya bernama @resi_bs, malangnya akaun tersebut di ‘private’. Walau bagaimanapun, gambar profil Resi masih boleh dilihat.

Dalam gambar itu, nampak seorang wanita cantik memakai tudung dengan wajah yang disolek.

Sosok diduga Resi, calon istri Bripda Azan Fikri.

 

Sehari sebelum membunuh diri, Azan telah menulis di facebook miliknya yang memohon maaf dan mengucapkan selamat tinggal.

17 jam selepas itu, dia mengakhiri hidupnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.