Dulu Penyanyi Pop, Kini Bekas Kekasih Kim Jong Un Jadi Orang Penting Dalam Pentadbiran

Dari penyanyi kini menjadi antara yang berkuasa di Korea Utara. Ternyata Hyon Song-wol yang merupakan bekas kekasih kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, telah dinaikkan pangkat dalam Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja, yang memerintah negara itu.

Song-wol, merupakan bekas ketua kumpulan muzik wanita Moranbong, iaitu kumpulan ala Spice Girls. Song-wol menjadi kontroversi semasa lawatan ke China pada Disember 2012 apabila dia enggan memainkan muzik selepas pihak berkuasa China mendesak latar belakang pentas Moranbong ditukar.

Kumpulan Maranbong itu diarahkan menukar pentas dengan latar belakang pelancar peluru berpandu. Ketika itu Song-wol dikatakan mengikut arahan namun keengganannya memenuhi tuntutan dari China itu telah menambahkan lagi kepercayaan Jong Un terhadapnya.

Moranbong yang mempunyai 18 anggota ditubuhkan dalam usaha menunjukkan aspek kemodenan dalam bidang seni di Korea Utara.

Selain Song-wol, adik Jong Un, iaitu Kim Yo Jong, 30, turut dinaikkan pangkat kepada ketua propagandanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.