Berbelas Binatang Ternakan Mati Digigit Makhluk Misteri

Penduduk di Tepus, Indonesia gempar apabila 12 ekor kambing tenakan dalam kandang mati akibat digigit oleh binatang misteri.

Kejadian itu telah dilaporkan kepada polis. Dalam kejadian itu, 12 ekor kambing mati manakala dua ekor lagi mengalami luka.

Kejadian itu dilaporkan sudah berkali-kali berlaku terutama ketika musim kemarau. Ketika itu binatang peliharaan penduduk akan menjadi sasaran binatang liar.

Bulan lepas, kejadian sama berlaku. Walaupun penduduk berusaha keras bagi memastikan kambing-kambingnya tidak dimakan binatang buas dengan memasang pagar dari kayu dan buluh, namun binatang itu tetap menjadi korban haiwan liar yang meninggalkan bekas jejak kaki yang kecil.

Anehnya hanya sebagian besar tubuh kambing dibiarkan. Beberapa bahagian tubuh yang lain telah dimakan. Selain itu, terdapat luka khas di bahagian leher yang membuat kambing-kambing itu kehabisan darah.

Setakat ini tidak diketahui binatang apa yang makan ternakan terbabit. Disebabkan keadaan itu, penduduk memindahkan binatang ternakan berhampiran rumah mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.