Belanda Gagal Ke Pusingan Akhir Piala Dunia, Robben Mahu Bersara

AMSTERDAM – Kapten Belanda, Arjen Robben memberi bayangan dia akan mengakhiri karier antarabangsa selepas negaranya gagal mara ke pusingan akhir Piala Dunia, awal pagi tadi walaupun menang 2-0 mengatasi Sweden.

Bintang Bayern Munich itu tampil dengan menjaringkan kedua-dua gol di Amsterdam ketika Belanda gagal mencari kemenangan 7-0 yang diperlukan untuk mara ke pusingan ke playoff, selepas melalui kempen yang mengecewakan.

Robben, 33, menjaringkan 37 gol dalam 96 penampilan buat Belanda dan membantu negara itu mara ke final Piala Dunia 2010, ketika mereka tewas 0-1 kepada Sepanyol dalam tambahan masa.

Belanda juga mara ke kelompok empat terakhir pada saingan Piala Dunia 2014, sebelum tewas kepada Argentina menerusi penalti.

“Empat belas tahun, ia begitu cantik, menakjubkan,” kata Robben, yang membuat kemunculan pertama berdepan Portugal pada April 2003.

“Saya sentiasa teringat Piala Dunia 2010 dan 2014. Itu adalah memori terbaik saya. Ketika dua kejohanan itu, kami membentuk pasukan sebenar.” – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.