Bekas Isteri Trump Dakwa Sebagai First lady, Kata-kata Ivana Buat Melania Melenting

Wanita Pertama Amerika Syarikat, Melania Trump, terlibat dalam perang mulut dengan Ivana Trump, bekas isteri pertama suaminya, Donald Trump.

Melania menelar Ivana sekadar ‘mencari publisiti dan membuat kekecohan tentang diri sendiri’.

Melania bergata demikian selepas program Good Morning America dalam stesyen television ABC, Ivana mengatakan bahawa dia ‘pada dasarnya adalah isteri Trump, ‘Sayalah First Lady America’.

Ivana mengaku mempunyai jalur telefon terus ke Rumah Putih namun dia tidak mahu Melania rasa cemburu.

Bekas isteri presiden itu mempromosikan bukunya, ‘Raising Trump’ yang dilancarkan pada hari selasa.

Dia berkahwin dengan Donald Trump 1977 tetapi kemudian bercerai pada tahun 1992. Perceraian itu disebabkan oleh Trump yang berlaku curang dengan Marla Maples, yang kemudian menjadi isteri keduanya.

Ivana dan Donald mempunyai tiga anak, Donald Jr, Ivanka, dan Eric.

Dalam temu bual dengan ABC, Ivana berkata beliau sering bercakap dengan bekas suaminya kira-kira satu atau dua bulan lalu.

“Saya mempunyai nombor telefon terus ke White House namun saya menahan diri untuk menghubunginya kerana Melania berada di sana.

“Saya tidak mahu menyebabkan berlaku cemburu atau sebaliknya kerana pada dasarnya saya adalah isteri pertama Trump, sayalah first Lady, OK?” tambahnya.

Melania Trump memberi ucapan-ucapan ini dengan kata-kata pedas melalui jurucakapnya, Stephanie Grisham.

Ini adalah perang mulut pertama antara seorang Wanita Pertama dengan bekas isteri presiden.

Sebelum Trump, satu-satunya presiden AS yang pernah bercerai ialah Ronald Reagan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.