Anak Orang Kaya Jepun Ini Merancang Mengeluarkan Bayi Sebanyak 100 Orang

Lelaki jepun , Mitsutoki Shigeta (27), adalah seorang anak orang kaya yang memiliki kekayaan sehingga 39,45 milion dolar AS .Dia mempunyai keinginan membuat sekurang kurangnya 100 orang bayi . Bahkan menjadi kes surrogate (Ibu tumpang @ wanita yang lahirkan anak untuk orang lain) paling besar di Thailand serta beberapa negara Asean lainnya tahun 2014.

“Di Thailand 16 anaknya lahir dan menjadi kes besar tahun 2014, bahkan dia dicari oleh polis tetapi sempat melarikan diri menaiki pesawat jetnya ke Macau,” sumber Tribunnews.com.

Surogasi adalah suatu pengaturan atau perjanjian yang melibatkan persetujuan seorang wanita untuk menjalani kehamilan bagi orang lain, yang akan menjadi ibu kepada anak itu selepas kelahirannya.

Seorang akan dibayar sekitar RM23,650.00 per bulan Untuk membesarkan bayi tersebut. Ini bermaksud dia telah mengeluarkan surrogate perbelanjaan sebanyak Rm37,540,000.00 per bulan.

Selain bayi dari warga Thailand, ada dua bayi dari wanita Australia, ada juga dari wanita Amerika, Swedia, China, Spanyol, Brazil, Malaysia dan Israel.

Perkara ini dilihat seperti pemerdagangan manusia dan pengekalan anak-anak.

Ianya turut menjadi persoalan untuk apa dia membuat anak sebanyak itu?

Banyak tekaan yang muncul tapi tekaan menarik yang tersebar di chatting orang Jepun adalah, “Pembuatan anak yang banyak itu sasarannya berkaitan dengan wang, potongan cukai, atau pertukaran wang haram dan sebagainya.. Jadi pada dasarnya wang akan diperoleh melalui pembuatan dan menguruskan anak-anak itu nanti. ”

Sehingga kini kes-kes ini masih belum jelas dan menjadi persoalan kerana pelakunya masih dalam pelarian polis antarabangsa dan bapanya sangat kaya dianggarkan mempunyai orang dalam untuk melindungi anaknya yang menjadi suspek interpol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.