Anak Jackie Chan Akui Dia Seorang Lesbian Dan Kini Jalin Hubungan Dengan Wanita

Anak perempuan pelakon Jackie Chan, Etta Ng, yang baru berusia 17 tahun telah mendedahkan bahawa dia seorang lesbian dan kini menjalinkan hubungan dengan seorang wanita kulit putih, Andi Autumn yang berusia 30 tahun.

Etta mendedahkan perkara itu di dalam Instagramnya bersama gambar pelangi, iaitu simbol bagi kumpulan LGBT.

Etta yang menetap di Hong Kong berkata, dia terkejut dengan sokongan yang diterimanya selepas membuat pendedahan berkenaan.

Sementara Andi pula memberitahu mereka berdua telah diketepikan oleh keluarga dan rakan.

Ibu Etta adalah bekas Miss Asia, Elaine Ng Yi-Lei, yang mempunyai hubungan singkat dengan Jackie pada penghujung 90-an.

Pada 2015, Etta memberitahu dia terpisah daripada Jackie meskipun pelakon itu adalah bapanya.

“Dia bukan bapa saya. Dia adalah bapa kandung tetapi dia tidak berada dalam hidup saya. Dia tidak pernah wujud dalam hidup saya dan saya tidak akan menganggapnya sebagai bapa,” katanya.

Jackie juga mempunyai seorang anak Jaycee, 34, dengan isterinya, Joan Lin, yang dikahwininya pada 1982.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.