Video : Jamal Sangat Popular Pandai Buat Kerja, Chegubard Mahu Anjur Debat

KUALA LUMPUR – Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard memuji Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos dan mendakwanya semakin popular dan ‘pandai’ buat kerja.

 

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai insiden kumpulan baju merah yang didakwa ‘membelasah’ seorang pengikut baju kuning ketika terlibat dalam siri jelajah bersih 5, sabtu lalu.

 

 

“Kalau nak tanya respon saya berkenaan dengan apa yang berlaku Datuk Jamal dan sebagainya ini, dia (Jamal) dah jadi yang paling popular dalam Malaysia ni. Kita ucap tahniahlah. Pandai Datuk Jamal buat kerja.

 

“Cuma saya nak sebut Malaysia ni dalam keadaan banyak masalah. Bagilah sumbangan. Saya percaya yang Datuk Jamal buat begitu untuk negara. Begitu juga kumpulan Bersih yang kami sokong. Pun buat untuk negara. Jadi bergaduh di jalan raya ni tak membina minda rakyat. Tak memberi sumbangan pun pada negara,”katanya pada sidang media di sini hari ini.

 

Menurut Chegubard, pihaknya sedia untuk menyediakan pentas bagi kedua-dua kumpulan ini untuk berhujah.

 

“SAMM bersedia untuk menyediakan pentas, kepada kumpulan Merah dan kumpulan Kuning untuk duduk sepentas berlawan hujah. Negara moden sekarang ni, lawan hujah. Kuning ada hujah kuning, merah ada hujah merah. Duduk dan berhujahlah supaya ia mematangkan rakyat dan memberi sumbangan kepada negara.

 

“Jadi saya beritahu kepada Datuk Jamal malah saya beritahu kepada Maria (Chin, Pengerusi Bersih 2.0), kalau kamu bersedia, kalau tak ada orang lain nak anjur, kami bersedia untuk anjur,”katanya.

 

Tambah Chegubard, pihaknya juga telah mencadangkan tarikh bagi memastikan kedua kumpulan ini berhujah pada malam 18 Okt ini yang dipanggil ‘debat terbuka’ untuk rakyat.

 

“Ini kalau kedua-duanya bersedialah. Tapi kalau kuning pun kata ini hak mereka dan merah juga sama, ia tidak langsung memberi sumbangan positif kepada negara,”katanya. -SuaraTV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!