Video: Dr Mahathir Masih Percaya Anwar Bersalah Laku Aktiviti Meliwat

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga hari ini percaya bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah kerana meliwat.

 

Katanya, Anwar dibuktikan bersalah sejurus selepas pihak berkuasa mengemukakan bukti kepada mahkamah.

 

“Polis kata mereka ada bukti, itu urusan mereka untuk putuskan (dakwa Anwar di mahakamah),” beliau dipetik berkata dalam wawancara bersama portal Malaysiakini.

 

Anwar pertama kali disabitkan kesalahan meliwat pada 1998. Kini bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipenjarakan buat kali kedua, selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

 

Anwar dan keluarganya mendakwa beliau menjadi mangsa konspirasi politik.

 

Malah Dr Mahathir sendiri dituduh mendalangi tuduhan liwat ke atas Anwar.

 

Bekas presiden Umno itu memberitahu, beliau tidak tahu menahu jika tuduhan liwat kali kedua adalah konspirasi pihak tertentu terhadap Anwar.

 

“Saya tidak tahu, ia berlaku selepas saya letak jawatan (sebagai perdana menteri),” ujar Dr Mahathir.

 

Dr Mahathir dalam pada itu memberitahu beliau dan Anwar sudah berdamai.

 

Ini berbeza dengan kenyataannya ketika tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bulan lalu, bahawa beliau hadir untuk menyokong usaha Anwar mencabar Akta Majlis Keselamatan Nasional (MKN) dan bukannya untuk berdamai.

 

Ditanya sama ada beliau rasa tiada lagi perseteruan akibat sengketa lama antara mereka berdua, Mahathir berkata:

 

“Saya patut harap begitu”.

 

Dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula, Mahathir mengakui tidak tahu untuk mengukur ‘jarak kerjasama’ dalam kalangan parti pembangkang tetapi tetap berusaha bagi membentuk satu pakatan sebagai persediaan menentang Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. – AntaraPos

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.