Video : Bersih 5 Bukan Urusan Mahathir ‘Mahafiraun’, Kata Chegubard

KUALA LUMPUR – Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menegaskan perhimpunan Bersih 5 bukan urusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Beliau yang menyifatkan Tun Mahathir sebagai ‘Mahafiraun’ berkata, bekas pemimpin itu tiada daya tarikan langsung untuk bersama-sama mereka dan pejuang reformis yang lain untuk memperjuangkan hak rakyat.

 

“Bagi saya tak penting Tun M turun atau tak turun, pihak kita jelas, Tun M ni siapa. Mahathir ni merupakan diktator. Bekas diktator. Mahathir ni siapa? yang kita gelar ‘Mahafiraun’.

 

“Mahathir ni perompak negara yang tidak pernah mengakui dan tidak pernah memulangkan walaupun satu sen, hasil rompakan dia kepada kepada rakyat,”katanya pada sidang media di sini, hari ini.

 

Tambahnya, beliau yang mempersoalkan tentang hak Tun Mahathir tetap menegaskan bahawa bekas pemimpin negara itu berhak untuk bercakap dan membantah.

 

“Tun M juga ada hak untuk menubuhkan parti. Walaupun ketika zaman dia orang nak buka parti dia halang. Tapi kita sokong, bukalah parti. Buatlah! Bermainlah demokrasi di lapangan sepatutnya. Tapi dia turun atau tak turun tu bagi kami adalah bukan urusannya. Tak ada apa yang menarik pun dengan Dr Mahathir ini,”katanya.

 

Terdahulu, Tun Mahathir akan turun pada perhimpunan Bersih 5 dalam usaha menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan parti pemerintah.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.