Polis Tahan Lapan Lelaki Geng Curi Motor

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan lapan lelaki geng curi motosikal berusia 23 hingga 40 tahun di beberapa lokasi di sini , semalam.

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata, kesemua yang kebanyakkan mempunyai rekod jenayah lampau itu di tahan di antara jam 2 hingga 4 petang semalam.

 

Beliau berkata, polis juga menemui lima motosikal yang dilaporkan hilang bersama suspek.

 

Katanya, beberapa kes dipercayai dapat diselesaikan susulan penahanan suspek.

 

Kes disiasat mengikut Selsyen 379A Kanun Keseksaan. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.