Neelofa, Fattah Bercinta?

KUALA LUMPUR – “Ya, mereka berdua memang hangat bercinta. Saya rasa peminat pun suka dengar berita percintaan mereka ini. Apatah lagi, kedua-duanya mengaku solo sebelum ini,”kata pengarah popular, Michael Ang ketika diminta mengulas mengenai gosip cinta lokasi antara pelakon Fattah Amin, 26 dan Neelofa Noor, 27 di set penggambaran drama siri Suri Hati Mr. Pilot.

 

Akui gemar melihat momen romantis yang ditunjukkan, Michael berkata, hero dan heroin  itu diibaratkan merpati dua sejoli, cukup manis malah begitu serasi.

 

“Jadi tidak salah rasanya jika Fattah dan Neelofa meneruskan jalinan cinta yang terbina di luar set penggambaran, dalam dunia realiti mereka,” kata pengarah drama berkenaan, petik Utusan.

 

Suri Hati Mr. Pilot terbitan Cube Film milik Michael.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.