Mayat Bayi Dalam Tandas Pesawat

Mayat seorang bayi ditemui dalam tandas sebuah pesawat dari Doha yang mendarat di Indonesia.

AFP melaporkan, penemuan yang menyedihkan itu berlaku pada Ahad lalu apabila pekerja melakukan kerja-kerja pembersihan pada pesawat Qatar Airways selepas ia tiba di lapangan terbang antarabangsa di Jakarta.

 
Bayi tersebut dianggarkan berumur antara lima hingga tujuh bulan, kata jurucakap polis lapangan terbang, Endang Sutrisna kepada Agence France-Presse. Pekerja yang menjumpai bayi tersebut membalutinya dengan kertas tisu tandas.

 
Pemeriksaan kesihatan dilakukan kepada seorang penumpang wanita, warga Indonesia yang bekerja di luar negara, sebelum dia dibawa ke hospital polis di timur Jakarta untuk pemeriksaan lanjut.

 
Para pegawai tidak menyatakan hubungan wanita itu dengan bayi tersebut.

 
“Jika keputusan pemeriksaan doktor menunjukkan wanita itu sihat untuk disoal, dia akan diserahkan kepada polis lapangan terbang untuk siasatan dan bertanggungjawab terhadap (dakwaan) tindakannya,” kata Endang.
 

Tidak jelas sama ada wanita tersebut akan menghadapi tuduhan jenayah, tambah pegawai itu.
 

Negara-negara Timur Tengah seperti Qatar, Arab Saudi dan Bahrain merupakan destinasi utama pekerja warga Indonesia, khususnya wanita bekerja sebagai pembantu rumah dan mereka menghantar pulang wang kepada keluarga masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.