Lelaki Syria Ditahan Mahu Bom Lapangan Terbang Berlin

Seorang saspek Syria ditahan semalam sedang membuat bom dan mungkin merancang untuk menyerang salah satu lapangan terbang di Berlin, kata Ketua agensi perisikan domestik Jerman (BFV).

 

Reuters melaporkan, Hans-Georg Maassen memberitahu, risikan yang dibuat pada awal bulan September mendapati kumpulan militan IS telah merancang untuk menyerang infrastruktur pengangkutan Jerman.

 

Para pengintip berjaya mengesan dan mengenal pasti suspek di Saxony Khamis lalu dan memulakan pemantauan 24 jam.

 

“Kami mendapat tahu saspek membeli gam panas di sebuah kedai diskaun pada hari berikutnya. Maka kita segera meletakkan semua langkah-langkah untuk memulakan serbuan kerana kami menganggap ini gam itu adalah bahan akhir yang diperlukan untuk membuat bom,” katanya.

 

Berdasarkan maklumat perisikan, pada awalnya serangan mahu dilakukan di keretapi Jerman tetapi menukarnya di Lapangan Terbang Berlin.

 

Pendakwa raya utama di Jerman, Peter Frank, mengesahkan bahawa pejabatnya telah mengambil alih siasatan kerana keseriusan tuduhan.

 

“Bahayanya tuduhan itu kerana ia bercirikan bahawa saspek membina bahan letupan yang sangat tinggi yang mana memerlukan kepakaran khas dan ia dibuat dalam kuantiti yang sangat besar,” katanya.

 

Penyiasat berkata, sebelum ini mereka mendapati “kira-kira 1.5 kilogram (3 lb) bahan letupan yang amat berbahaya letupan” di apartmen saspek.

Polis negeri berkata, kimia itu mungkin triacetone triperoxide (TATP), bahan yang sangat tidak stabil juga digunakan oleh pengebom berani mati dalam serangan Paris pada November 2015.

 

Saspek mungkin mendapat inspirasi IS dan telah mempersiapkan serangan sama seperti di Paris dan Brussels.

Jaber Albakr, 22, tiba di Jerman pada Februari tahun lalu semasa kemasukan asing ke negara ini dan telah diberikan suaka sementara empat bulan kemudian, lantaran itu kedatangannya tidak menimbulkan syak wasangka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.