Hotel Di P.Pinang Terima Panggilan Bom Militan IS

GEORGETOWN – Sebuah hotel bertaraf empat bintang di sini, gempar selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa dia anggota Daesh (militan IS) dan meletakkan bom di hotel berkenaan.

 

Panggilan daripada lelaki tidak dikenali itu diterima kira-kira jam 10 malam tadi sebelum pengurusan hotel memaklumkan kepada polis.

 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom dihantar ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan, namun tidak menemui sebarang objek mencurigakan.

 

“Polis percaya panggilan yang diterima itu adalah palsu dan akan menjalankan siasatan,” katanya. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.