Dubai Bina Menara Tertinggi Dunia

Dubai mula membina menara yang dikatakan akan menjadi menara tertinggi dunia semalam.

 

Ini menjadikan satu lagi rekod untuk bandar raya yang telahpun mempunyai bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa.

Menara yang terletak di kuala sungai Dubai itu adalah usahasama antara Properties dan Dubai Holding, syarikat pelaburan pemerintah emiriah, Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum, dan ia akan siap pada 2020, kata kenyataan kerajaan Dubai, petik MG.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan ketinggian dan kos menara tersebut.

Guinness World Records menetapkan sebuah menara sebagai satu struktur yang mana kurang daripada 50 peratus jumlah ketinggiannya merupakan ruang lantai yang boleh digunakan. Kini menara tertinggi dunia ialah Tokyo Sky Tree dengan ketinggian 634 meter yang digunakan untuk penyiaran, restoran dan menara tinjau.

 
Dubai yang merupakan pusat pelancongan dan hiburan utama, terus melaksanakan rancangan mewujudkan tarikan baharu. Menara baharunya itu, yang mana sebahagian menjadi kawasan kediaman mewah menghadap pinggir air, dilengkai dengan dek tinjau bertemakan taman, katanya.

Tinggi Burj Kahlifa ialah 829.8 meter (2,722 kaki).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.