Bayi Ajaib, Masih Hidup Meskipun Ditikam 14 Kali Dan Ditanam Hidup-Hidup

Bayi ajaib yang masih hidup meskipun ditikam sebanyak 14 kali dan ditanam hidup-hidup di Kho Kaen, Thailand pada bulan Februari lalu, iaitu hanya beberapa hari selepas dilahirkan, akan memulakan kehidupan baru di Switzerland.

 

Bayi lelaki itu yang kini berusia tujuh bulan dan dinamakan sebagai Aidin, telah dijadikan anak angkat oleh pasangan dari negara berkenaan.

 

Aidin sebelum ini ditemui dalam keadaan kritikal di dalam lubang yang digali itu, namun nasib baik seorang penjaga lembu, Kachit Krongyut melihat kaki kecil di sebalik timbunan tanah di bawah sebatang pokok.

 

Dia turut mendengar bunyi tangisan bayi dan tanpa berlengah, dia menggali tanah itu dan menemui seorang bayi yang cedera.

 

“Pada mulanya saya ingat ia tempat binatang peliharaan tetapi saya nampak kaki. Saya cuba mengawal diri dan menjerit meminta tolong. Bayi itu ditanam dengan mukanya ke bawah,” kata Kachit.

 

Bayi itu dibawa ke hospital dan doktor menyatakan tekanan tanah ke atas badannya telah menghalang Aidin daripada mengalami pendarahan dan berjaya menyelamatkannya.

 

 

Selepas sembuh, Aidin ditempatkan ke rumah anak yatim. Dia dipercayai telah didera oleh ibunya, yang merupakan penduduk di situ. Wanita itu berjaya dikesan melalui cap jari dan kesan tayar motorsikal. Dia telah ditangkap dan didakwa atas cubaan membunuh dan membuang bayi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.