5,000 Peminat Serbu ‘Doktor’ Korea

KUALA LUMPUR – Kira-kira 5,000 orang peminat berkumpul untuk bertemu aktor Korea, Kim Rae Won, semalam.

 

Peminat pelakon drama Doctors itu mula berkumpul di pusat membeli-belah Pavilion KL seawal pukul 9.30 pagi untuk mendapat lokasi menarik walaupun sesi pertemuan dengan Kim Rae Won bermula pada pukul 7.15 malam.

 

Aktor tersebut mula mendapat perhatian peminat tempatan selepas Doctors disiarkan di saluran One HD (Astro 393) sebelum ini.

 

Sempena sambutan ulang tahun Astro ke-20, Doctors akan mula ditayangkan semula pada 30 Oktober ini, pukul 12.45 tengah hari sebanyak dua episod terus menerus.

 

Dalam drama 20 episod itu, dia bergandingan dengan aktres Park Shin-Hye.

 

 

Terdahulu, aktor tersebut pernah popular pada tahun 2002-2004 dalam beberapa siri drama bersama aktres Jang Nara seperti My Love Patzzi, Which Star Are You From dan lain-lain.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.