Dr Mahathir Tidak Sihat, Perlu Berehat

PETALING JAYA – Majlis pelancaran Persatuan Trailblazers Malaysia (MyPerintis) yang dijadualkan pada Ahad dibatalkan kerana penaungnya, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sihat.

 

Menurut pembantu Dr Mahathir, bekas perdana menteri itu tidak sihat dan sedang berehat di rumah.

 

Pada Sabtu, pengasas MyPerintis Datuk Laurence Low Kah Guan berkata pesatuan itu akan menangguhkan majlis perlancarannya ke tarikh lain kerana Dr Mahathir tidak dapat hadir.

 

“Rakan-rakan yang dihormati, saya menerima panggilan daripada pejabat Dr Mahathir bahawa beliau mengalami demam, sakit dada dan batuk.

 

“Kita perlu menangguhkan pelancaran ini ke satu tarikh lain. Marilah kita mendoakan agar Tun kembali sihat. Maaf di atas segala kesulitan,” katanya dalam laman web persatuan itu.

 

MyPerintis adalah persatuan belia yang ditubuhkan pada 30 Jun lalu.

 

Ia dilaksanakan untuk memberi tumpuan kepada ilmu pengetahuan, kepimpinan dan pembangunan belia di kalangan belia di Malaysia. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.