MH17 : 272 Dari 298 Mangsa Sudah Dikenal Pasti

The Hague – Pakar perubatan sudah mengenal pasti 272 daripada 298 mangsa yang terkorban dalam tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada Julai lalu, menurut Kementerian Kehakiman Belanda.

Menurutnya, sepuluh lagi mangsa dikenal pasti minggu ini dengan tujuh daripada mereka adalah warga Belanda.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan kewarganegaraan tiga lagi mangsa berikutan permintaan kedutaan negara terbabit.

Pesawat Malaysia Airlines berkenaan sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh pada 17 Julai lalu di kawasan yang dikuasai pemisah di timur Ukraine.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.