Mark Adam Sedih Isteri Ditendang Perompak, Kereta Dibawa Lari

Kuala Lumpur – Penyanyi Mark Adam meluahkan rasa sedih apabila isterinya Nor Azah Redzuan, 35, ditendang oleh perompak dalam satu kejadian kecurian kereta di Batu Caves, Gombak pada Khamis lalu.

Memetik kenyataan di mStar online, Mark, 35, berkata, lebih membuatkan dia geram apabila ketika kejadian itu, dia tiada bersama isterinya.

“Kejadian berlaku ketika isteri saya ingin pulang ke rumah kami di Batu Caves di mana sebuah kereta jenis Hilux telah melanggar kereta yang dipandu isteri iaitu Honda CRV dari arah belakang.

“Apabila isteri saya keluar kereta, terdapat tiga lelaki turut keluar dari Hilux tersebut dan salah seorang daripada mereka menendang isteri saya pada bahagian perut manakala seorang lagi terus membawa lari kereta kami.

“Rasa ralat dibuatnya kerana ketika itu saya tiada di sisi isteri,” katanya.

Tambah Mark, salah seorang daripada perompak tersebut telah ditahan polis selepas dia bersama isteri membuat laporan polis di Balai Polis Selayang. Kejadian itu membuatkan isterinya masih trauma, ditambah pula kesan tendangan itu membuatkan isterinya kerap mengadu sakit perut.

Dalam pada itu, MD difahamkan satu lagi kes yang sama berlaku, sebuah van yang membawa barang dan wang tunai berjumlah RM20,000 telah dilanggar oleh kereta penjenayah. Kejadian berlaku di bulatan Selayang. Penjenayah tersebut berpura-pura meminta maaf dan terus memukul pemandu van dan melarikan van tersebut. Mangsa mengesahkan penjenayah yang sama berikutan kenderaan yang sama diguna pakai iaitu Hilux hitam WVX7833. Seramai 3 orang lelaki berbangsa India yang menaiki Hilux tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.