Kumpulan Pertama Jemaah Haji 1MDB Selamat Tiba

Sepang – Seramai 255 jemaah haji tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selamat tiba di tanah air pagi tadi.

Kumpulan pertama daripada 1,000 peserta Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1MDB tiba di tanah air kira-kira jam 4 pagi menaiki pesawat MH8002 dari Jeddah.

Yang turut hadir menyambut kepulangan jemaah berkenaan adalah Pengerusi program, Datuk Jailani Ngah. Jailani berkata, dua lagi kumpulan jemaah haji bagi program itu akan tiba pada malam ini dan Selasa ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.