Kami Sudah Bersama, Lebih Tepat Bercinta – Izara

Petaling Jaya – Sejak akhir-akhir ini beberapa keping gambar mesra Izara Aishah bersama anak tiri Datuk Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid bertebaran di internet dan menjadi bualan ramai.

Aktres cantik ini mengakui yang dia kini sedang bercinta dengan jejaka itu namun bercerita lanjut tentang hubungan mereka kerana perkenalan mereka masih baru.

“Di awal perhubungan saya akui kami hanya berkawan. Itu yang saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu bercerita. Dan bila kami sudah bersama atau lebih tepat bercinta, tidak ada apa yang perlu saya sorokkan”  katanya.

Sama-sama kita doakan hubungan mereka, bila sudah ada pengakuan dari pihak tuan punya badan maka sah lah hal ini bukan hanya gossip semata.

“Tapi tidak bermakna saya perlu bercerita satu dunia akan hal tersebut. Bila saya sudah berterus terang, harapnya tidak ada lagi spekulasi yang timbul” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.