Jadi Rebutan Dua Jejaka, Cha Cha Akui Rapat Dengan Kedua Lelaki Itu

Petaling Jaya – Sedang dia masih lagi menempatkan diri dalam industri lakonan tanah air, pelakon Cha Cha Maembong juga tidak terlepas dari dikaitkan dengan kisah cinta. Sebelum ini Cha Cha dikatakan menjalin hubungan dengan penyanyi yang kini merupakan salah seorang peserta AF 2014, Iqwal.

Namun, terbaru ada khabar mengatakan Cha Cha sedang menjadi rebutan dua jejaka misteri. Menerusi gambar yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya menunjukkan kedua-dua jejaka itu seperti sedang berusaha memenangi hati gadis ini.

Bertemu dengan Cha Cha sewaktu tayangan telefilem Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya kelmarin, adik kepada pelakon Emma Maembong ini mengakui mengenali rapat dua lelaki tersebut.

“Begini, sebenarnya jejaka yang macam tembam-tembam (Syafiq) tu sepupu tu adalah sepupu saya. Atau lebih tepat dia adalah sepupu kepada abang ipar saya. Kami memang rapat tapi hanya rapat sebagai saudara. Mungkin ada yang salah faham. Cara kami bergambar dan kapsyen-kapsyen dia tu, mungkin nampak macam kami ni pasangan kekasih tapi sebenarnya tidak”, katanya yang juga turut mengesahkan hubungan di dan Iqwal sudah lama berakhir.

Ditanya pula tentang jejaka yang seorang lagi, Cha Cha yang tersipu-sipu malu berkata,

“Seorang lagi tu… sebenarnya saya baru kenal dia. Hubungan kami baru lagi, baru sebulan dua. Masih kenal-kenal lagi, belum rasmi lagi. Kami pun tak tahu hubungan ni akan sampai mana.

Nak jadikan cerita, hari tu kami bertiga lepak bersama dan masa tu kami main tukar-tukar telefon. Masing-masing buat komen padahal bukan komen dari telefon sendiri. Jadi mungkin nampak macam mereka rebutkan saya. Tidak. Itu semua gurauan”, jelasnya lagi.

Kata Cha Cha lagi, dia belum pun memperkenalkan teman barunya itu kepada ayahnya memandng dia sendiri serta adik-beradik lain sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan tapi bukan persiapan perkahwinan untuk Emma sebaliknya untuk kakak sulung mereka, Yaya.

“Saya, adik beradik lain dan keluarga kami sedang sedang melakukan persiapan perkahwinan kakak saya, Yaya yang bakal menamatkan zaman solo pada bulan November ini.

“Persiapan perahwinan untuk Emma, saya tak tahu apa-apa sebab dia pun tak bincang apa-apa dengan kami. Tapi kemungkinan Emma akan berkahwin dengan Zizan pada tahun depan,” tuturnya.

Perkembangan lain Cha Cha bakal muncul dalam lakonan terbaru menerusi telefilem Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya, memengang watak sebagai Nur Ain. Drama arahan Mamat Khalid itu turut dibintangi barisan pelakon seperti Delimawati, Imuda, Syuk (Balas) dan ramai lagi.

Berkongsi pengalaman menjayakan wataknya, Cha Cha berkata dia seronok dapat bekerja dibawah arahan Mamat. Namun cabaran besar yang dihadapinya sepangjang penggambaran ialah apabila dia perlu bertutur dalam loghat negeri Perak.

“Sejujurnya, sukar untuk saya bertutur dalam loghat negeri Perak. Itu merupakan cabaran saya dalam telemovie ni. Namun begitu, saya telah mencuba sehabis baik dan saya harap penonton dapat terhibur apabila menyaksikan lakonan saya dalam cerita ini,” katanya

Telefilem ‘Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya’ mengisahkan mengenai rombongan Cik Kiah lakonan Delimawati yang ingin menghantar seorang penduduk kampung mereka untuk menunaikan ibadah Haji. Bakal menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif, filem televisyen ini bakal bersiaran pada 23 Oktober 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.